BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

K . E . R . J . A

Assalamualaikum.. Apa khabar? Sihat? Alhamdulillah. Yeaayy! Aku rase macam.. Yeaayy! Happy. At last aku dapat gak kerja. Sebab selama ni parent aku macam tak bagi aku nak kerja dulu. Dorang nak aku dok rumah cari kerja semua dulu. And now, aku pujuk gak, yeaay dapat. Area KL. Sokey, jauh dari family. Sebab mase study pun aku dah jauh kan.

Ehhh! Bukan sebab aku nak bebas ok. Nak cakap pasal kebebasan, aku dah puas rasa semua tu. Siapa-siapa yang kenal aku yang dulu, tahulah aku macam mane. Now, aku dengan life baru. Relax, chill cam tu lagi best ape. Aku dah raselah semua tu. So, no biggie bagi aku dok sorang kat tempat orang lagi. Aku nak cari duit kot. Nak kerja ok. Banyak benda boleh buat kita enjoy. Trust me ok?

HAHA! Aku muda lagilah. Tapi nak rase semua tu. alhamdulillah, aku puas dah ok. Dalam kepala otak aku nak cari duit, nak kahwin. Haaa tu je. Tak lain tak bukan ok. Ok, balik pasal entry pulak. Aku dapat calling nih before aku convo lagi. Tapi, babah aku cakap, habiskan convo lu baru fikir pasal benda nih. Then aku pun ia kan je lah. Kan?

Tadi aku tanya babah aku. How? Aku cakaplah, aku nak rase pengalaman kerja. Hello, aku tak pernah kerja ok. Kerja kat rumah pernahlah. Tapi kerja kat luar tu. Langsung ok. TAK PERNAH. Sedih kan? HAHA! Banyak peluang kerja, asyik tolak je. Aku pun cakap kat babah. sementara tunggu yang kat Brunei tu, kerjalah dulu ambik pengalaman.

Bincang dengan babah semua ini itu dengan decide yeahh. Me go! HAHA! Ehh, bukan pasal mama aku tak ambik peduli, tapi mama aku terserah je kat babah macam mana. So, maybe minggu depan aku pergi KL. Khamis kot. Woaahh! I'm so excited. The best thing is hostel bagi percuma so, senanglah sikit. Plus, aku kerja Office Hour. Ok ape kan?

InsyaAllah, semuanya berjalan dengan lancar. InsyaAllah semua baik-baik je. Yang penting, aku tak tinggal solat kat sane nanti kan. Haaa. Kene kuat. Dugaan kat mane-mane ade. Kene pandai jaga diri. Tu yang penting. Tak pe, ade masalah, buah hati ade je dekat. Upss! hehe..

Dalam hati ni gembira sangat ok. Tapi, boyfie tak berapa mengizinkan sebab tempat aku nak kerja ni kawasan india and cina. Then aku cakaplah sokey. Kerja je. Kalau tak ok, berhenti. Kan? Don't judge the book by its cover kan? Macam tempat aku study dulu pun india and cina je depan kiri kanan semua. Haaa. InsyaAllah tak ade ape kan? hehe..

Ok lah. sampai sini je. Nanti kite potpet lagi Ok? xoxo!