BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tertekan

Assalamualaikum semuanya. Hari ni hari jumaat. Hari yang indah rasanya. Penghulu segala hari. Have a blessed! Bukan hari ni je sepatutnya. Tapi setiap hari. Ok? So, how was you all doing? How was your day dear? Fine? Hope everything gonna be just fine. I guess. Woooah! Entry dah nampak betapa "STRESS" nyer aku sebenarnya. Sejak kebelakangan ni aku rasa sakit kepala. Pening, letih maybe sebab aku terlalu banyak berfikir. I guess.

Macam-macam aku fikir ni sebenarnya. Semua ni sebab aku nak pergi KL. Ok fine. Aku memang tak nak kerja kat Klinik tu. Coz, my bf told me teruk la tempat tu. And area tu pun was like. Better get a new job. Then aku pun ok fine. I wont work there. But where I gonna lived? How about my work? Arghh! Stress to the max! Then I just need 1K for me to lived in KL. 1K is just for bayar deposit rumah sewa I guess nanti. Kan? Hmm. Mana aku nak cari masa terdekat ni. Tiket dah beli. And I will go to KL too! No matter what.

Aku dah cakap dengan mama. Actually aku tak nak menyusahkan or buat family aku risau. Sebab aku dah tanam dalam diri aku. Berdikari. Aku dah cakap kat diri aku. Tak pe aku susah dulu. Biar aku betul-betul mula dari bawah. Aku mana boleh harap family aku je. Heyyy! Aku akan buktikan aku boleh ok. Yaaaa I can do it! Hmm. (mengeluh)

Aku cuma perlu rumah je kat KL tu. Kerja aku boleh cari kemudian. Yaaaa kan? Aku cari rumah kemas rumah semua. Semua aku buat sendiri. A bit though I guess but. Nak hidup kena berkorban. Aku tak leh harapkan sesiapa dah sekarang. Aku kena susahkan diri aku sendiri. Tengoklah aku dah berapa mengangur. Aku tak tahanlah dok rumah cam ni tak buat apa-apa. Stress!

Macam mana aku nak bincang dengan family aku pasal 1K tu ehh? How? Takutnya nak bagitahu. Arghhh! Help me somebody. Give some an ideas please. Hmm. Tak kan aku nak mengalah macam tu je sebab aku tak ada duit tu. Mana boleh. Aku bukan orang cam tu. Pasti ada jalan. Allah takkan menguji aku kalau aku tak dapat handle benda ni. Allah adil Allah tahu apa yang terbaik tuk aku.

Aku perlu support. Tambah pulak hubungan aku dengan bf. It sucks! Sakitnya adohh! Give up dengan relationship aku? Kami almost 2 years kot. Selalu sangat ada perbalahan antara kami. Ade je yang tak kena. Setiap hari kot. Gadoh biasa aku boleh terima tapi kalau sampai ignore me? urgh! Tu dah melampau. Yang sangat menyakitkan hati aku bila aku bangun pagi. Aku bangun terkejut then tengok whatsapp "Ya Allah cari pasal ni."

So aku bangun tidur dengan sakit hati. Gadoh ar kan apalagi. Satu hari suntok semalam aku tunggu call and text. Punya panjang text aku, punya banyak. Call jangan cakap. Banyak kot. Tapi 2 kali je die text aku. Whatsapp last seen ada tapi text aku haram. Aku sabar. Tapi bangun tidur dengan macam tu. You better out of my life. Seriously. Memang angin. Dahlah aku nak tidur setiap malam susah fikir banyak benda. Esh!

Ohh ya salah aku lah hari tu konon kan? Ohh ok then. Aku dah minta maaf kot. Tak yah panjang-panjang masalah. Aku pun manusia biasa kot. Semua orang buat silap. Silap aku just dengan percakapan aku je aku rasa. Show me that you're right for me. Not opposite.

Argh! Persetankanlah semua tu. Aku nak pergi KL ni lagi penting nak serabut pasal hubungan aku. Masalah aku nak pergi KL lagi aku utamakan daripada aku nak serabut benda entah apa-apa ni. Macam mana aku nak bincang dengan family aku ehh? Moga Allah tunjukkan jalan untuk aku. Allah tahu apa yang terbaik untuk aku. InsyaAllah.

Take a deep breath. Rest my mind and chill. GTG. xoxo!

K . E . R . J . A

Assalamualaikum.. Apa khabar? Sihat? Alhamdulillah. Yeaayy! Aku rase macam.. Yeaayy! Happy. At last aku dapat gak kerja. Sebab selama ni parent aku macam tak bagi aku nak kerja dulu. Dorang nak aku dok rumah cari kerja semua dulu. And now, aku pujuk gak, yeaay dapat. Area KL. Sokey, jauh dari family. Sebab mase study pun aku dah jauh kan.

Ehhh! Bukan sebab aku nak bebas ok. Nak cakap pasal kebebasan, aku dah puas rasa semua tu. Siapa-siapa yang kenal aku yang dulu, tahulah aku macam mane. Now, aku dengan life baru. Relax, chill cam tu lagi best ape. Aku dah raselah semua tu. So, no biggie bagi aku dok sorang kat tempat orang lagi. Aku nak cari duit kot. Nak kerja ok. Banyak benda boleh buat kita enjoy. Trust me ok?

HAHA! Aku muda lagilah. Tapi nak rase semua tu. alhamdulillah, aku puas dah ok. Dalam kepala otak aku nak cari duit, nak kahwin. Haaa tu je. Tak lain tak bukan ok. Ok, balik pasal entry pulak. Aku dapat calling nih before aku convo lagi. Tapi, babah aku cakap, habiskan convo lu baru fikir pasal benda nih. Then aku pun ia kan je lah. Kan?

Tadi aku tanya babah aku. How? Aku cakaplah, aku nak rase pengalaman kerja. Hello, aku tak pernah kerja ok. Kerja kat rumah pernahlah. Tapi kerja kat luar tu. Langsung ok. TAK PERNAH. Sedih kan? HAHA! Banyak peluang kerja, asyik tolak je. Aku pun cakap kat babah. sementara tunggu yang kat Brunei tu, kerjalah dulu ambik pengalaman.

Bincang dengan babah semua ini itu dengan decide yeahh. Me go! HAHA! Ehh, bukan pasal mama aku tak ambik peduli, tapi mama aku terserah je kat babah macam mana. So, maybe minggu depan aku pergi KL. Khamis kot. Woaahh! I'm so excited. The best thing is hostel bagi percuma so, senanglah sikit. Plus, aku kerja Office Hour. Ok ape kan?

InsyaAllah, semuanya berjalan dengan lancar. InsyaAllah semua baik-baik je. Yang penting, aku tak tinggal solat kat sane nanti kan. Haaa. Kene kuat. Dugaan kat mane-mane ade. Kene pandai jaga diri. Tu yang penting. Tak pe, ade masalah, buah hati ade je dekat. Upss! hehe..

Dalam hati ni gembira sangat ok. Tapi, boyfie tak berapa mengizinkan sebab tempat aku nak kerja ni kawasan india and cina. Then aku cakaplah sokey. Kerja je. Kalau tak ok, berhenti. Kan? Don't judge the book by its cover kan? Macam tempat aku study dulu pun india and cina je depan kiri kanan semua. Haaa. InsyaAllah tak ade ape kan? hehe..

Ok lah. sampai sini je. Nanti kite potpet lagi Ok? xoxo!

Over Emotional

Assalamualaikum.. Dengan setiap apa kita buat, jangan lupa bagi salam. Yang penting lagi, ikhlas. Ehh? Ada kene mengena ke dengan entry tu? LOL~ Nothing to do right? Bosan? Biasa la tu. Layan movie online best gak. Kan? Macam ape aku buat. Sehari suntok ni lah aku melayan movie online. Just tetiba rasa ada entry nak buat tu post tu.

Kenapa "Over Emotional" Bahaya sebenarnya. Tapi tu la. Perasaan ni kadang boleh kawal, kadang tu susah pulak. Kalau aku ni lain sikit. Lain macam mana tu? Lainlah. Suka nak buat benda tak fikir panjang. Dah tu kang last-last menyesal. Ambik kau. Padahnya. huhu.. Sakit gak kan.

Sekarang ni aku ngah kawal emosi aku sikit. Yela, aku rase aku ni "OVER" lah. Mesti orang sekeliling aku rimas kan? Sorry. Huhu. Especially tu haa dy. Sorry. Aku over sangat nak die faham aku 100%. Nak ada masa tuk aku, bagi perhatian, semua tu la. Lelaki kan. Mane dapat buat semua tu. Dorang ada ego dorang jugak. Hmm.

Susah gak la kan aku nih. Melampau-lampau la pulak. Yang dapat aku buat, aku kene kawal marah aku. Tak leh macam dulu. Cukup la tu kan. Better diam. Dengar cakap. Kalau aku betul, aku try solve problem lembut-lembut. Kalau aku salah, aku kene terima dan dengar pandangan orang pulak. Tapi aku ni, bukan nak dengar. Nak menang je. Susah lah kan? Susah lagi. Suke sangat sebut perkataan tu. Susah. Hmm.

Sya, ingat. Allah tak kan menduga hambanya luar dari kemampuan sesorang. Haa. Ingat tu! Hmm.(mengeluh) Boleh ke aku nak nangis je setiap masa? Boleh ke aku luah kat sini setiap masa? A bit annoying kan? Yaaa ya I know.

Kalau boleh, aku nak lari jauh je. Jauhh dari segalanya. Biar aku dengan diri aku sendiri. Sorang-sorang maybe. Tanpa ada gangguan semua. Aku kan buat tu nanti tunggulah kalau keadaan terlalu memaksa aku. Bukan nak bunuh diri, No la, cuma nak tenangkan fikiran je.

Entah ape-ape lah kan? HAHA! Biarlah, aku nak cakap ape pun kan. Asalkan aku boleh luah rasa aku ni. Menyampah nak baca? Yang baca jugak kenapa? Kan? LOL~

Duduk diam-diam. Fikir apa yang baik. Menangis sepuas hati. Then tidur. Rutin biasa aku sekarang nih. Maybe benda macam ni boleh buat aku kurus. Ape salahnya. LOL~ K la. Gtg. xoxo!

Rasa itu datang lagi

Assalamualaikum.... Apa maksud entry tu? Apa yang aku nak bagitahu ni sebenarnya, tentang perasaan aku sekarang ni. Entahlah kan.. Samada aku happy ke tak or buat-buat happy pun aku tak tahulah. Aku dapat rasa aku yang dulu datang balik. Maksud aku, perasaan aku ni lah. Sedih pulak aku. Taip ni je sebak apa lagi kalau aku tak buat apa-apa. Aku jadi macam dulu dah. Suke sorang-sorang. Aku tak nak orang ganggu aku. Apa yang aku nak, dia je. Siapa? Mohd Afnizam. Yeee, aku nak die je. dalam kepala aku fikirkan die je. Entahlah kan.

Setiap masa aku rindukan dia. Setiap kali aku fikirkna die, air mata aku mengalir. Sebaknyer. Allah je tahu rasa aku macam mana. Betapa rindunya aku sekarang ni kat dia. Berbulan aku tak dapat jumpa, tapi bila aku kat KL, rasa kejap je masa berlalu. Sedih nyer.

Aku akui, aku berubah dulu. Aku tak macam ni da berbulan. Tapi entah, bila aku jumpa dia balik, fikiran aku fikirkan die je. Boleh kire, selang berapa minit je aku kan mengalirkan airmata. Lagi dan lagi. Sebelum tidur pun. Kadang bangun tidur tu. Aku akan jadi gelisah. Gelisah kalau tak ada "text or call" dari dia.

Aku takut. Aku takut aku terlalu fikirkan benda nih, aku jadi tertekan. Woooh! Mintak dijauhkan. Aku normal lagi nih. Huuu.. Pernah ke korang rasa macam ape aku rasa. Bila kau teringat je muka die, senyuman nyer, kau akan automatik mengalirkan airmata. Rasa yang datang ke jiwa tu lain. Dalam sangat. Sakit... Sebab merindu je.

Aku tak leh macam ni. Aku kene buat sesuatu. Aku mesti busykan diri aku. Tapi, setiap apa yang aku buat pun, boleh mengalir airmata nih. Padahal tangan buat kerja. Tapi otak? Urgh! Susahlah macam nih. Kenapa dengan aku ni? Over emotional! Benci nyer aku. Urghhh!

Apa yang aku nak, die kat sisi aku. Sentiasa teman aku. Aku rindukan die. Kat siapa aku nak mengadu da? Kat siapa aku nak bercerita? Tak ada yang faham rasa aku. Apa yang aku boleh buat, aku menangis sepuas hati aku. biarlah aku peluk kaki aku sekali pun. Asalkan aku lega pastu.

Kadang kalau aku tutup mata, bayang die datang. Aku akan ingat die senyum, bau die, sentuhan die, aku ingat. Kadang, aku tak nak pun buka mata aku. Biar aku dekat je dengan bayang tu. Biarlah aku tak buka mata dah pun sampai bila-bila asalkan aku ada die kat sisi aku.

Aku mohon, aku berdoa agar satu hari nanti die milik aku yang sah. InsyaAllah.. Aku akan pujuk family aku supaya aku terima kerja kat Kepong tu. Agar aku dekat je dengan die. Aku tak tahu kenapa perasaan aku kuat sangat macam nih. Entahlah kan.

Aku rindukan nya... Mohd Afnizam