BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Terbukti sahih

Assalamualaikum semua. Apa khabar? Dah makan? Tengah tengok berita eh? Ehh? Ape? Kenapa? Entry? Ape tu? Hmm..(mengeluh) Aku pun tak tahu nak mula macam mane. Apa yang aku dapat bagitahu hati aku hancur sangat2. Seperti kaca dipecahkan hancur pecah berderai. Haaa macam tu lah perasaan aku. Perit kan? Kenapa benda ni terjadi kat aku? Kenapa aku? Aku rasa macam.... sangat tak berbaloi dengan semua apa pengorbanan aku selama ni. Aku boleh dikategorikan dalam mudah diperbodohkan or.. mudah ditipu. Bukan mudah.com.my tu. Ehhh lempang kang main ehh!

Aku tahu semua ni sebab... aku ikut hati aku. Tak sangka selama hati aku cakap yang benar. Kan? Aku nak sangat On "Benda" tuh. Sekali aku on.... Terbukti sahih. Aku kategori dia dalam yang "TAK TAHU MENGHARGAI". Haaa macam tu la. Arghhhhhh..(menjerit) Aku tertekan sangat-sangat. Aku nak menangis tapi kenapa tak ada air mata yang keluar? Mungkin sebab aku dah selalu sangat disakiti kot.

Kenapa jadi kat aku eh? Kenapa? Paling menyakitkan bila dia kontek "Perempuan itu" lepas birthday aku. Perghhhh! 5th nov 2012 ooow! Aku tengok betul-betul tarikh tu and yaaaa betul. Mulut aku terus cakap "KEJAM NYER KAU" Ooooooiiiii ko tak ade perasaan ke ahhh?

Kenapa dia nak delete semua inbox tu? Aku dah habis baca semua kot. The best things is dia cakap... "AKU TAK INGAT PASSWORD FB TU LAGI" and me like... Kenapa ko boleh delete benda dalam ni hah? Ape ke benda weyyy? Agak ar kenapa nak tipu aku. Eshh! Cukuplahh.... Aku dah penat disakiti. Sebab dia dah kantoi terus cakap "Ohhh kau hacked ke? Dahlah pergilah kalau kau nak." And me terus hang up the phone.

Dude, kau bodoh sebab buat aku macam ni. Aku salah menilai kau. Aku rasa macam kena tembak je. Macam... Mimpi ke ni??? Dahlah.. tertekan sangat. Pergilah dengan mereka semua. Semua gf or scandal ko. Aku kan kawan je macam ko cakap kat diorang semua. Thank you sangat-sangat

xoxo!

"KAU"

Assalamualaikum.. Buat ape tu? Mesti sekarang ni tengah sibuk tengok movie kalau tak tengok cerita or online je kan. Same ar aku. Aku pun layan movie kat tonton. Tak de benda nak buat. Hari-hari dok rumah layan benda macam ni je la. Nak diet pun susah dah. Asalkan stress je makan. Sedih je makan. Sakit hati ke ape ke makan je. Sumbat dalam mulut sampai mengantuk dah tu aku pun tidur lah. Haaa bagus kan aku.

Ehh? Kenapa entry aku tu? Aku nak luah tentang rasa hati aku ni. Perasaan aku. Aku tak ade tempat nak mengadu. Kalau cerita kat kawan aku, Aku rasa dorang pun da boasan nak dengar. Nak cerita kat boyfriend aku? Tak guna lah. Masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Setiap aku cakap bukan masuk dalam kepala dia pun. Die buat endah tak endah je. Aku sedih sangat. So sebaiknya aku lepas kat sini je kan.

Sekarang ni hubungan aku macam...... entahlah. Aku pun tak pasti dengan hubungan aku. Dia pun jauh dari aku. Masing-masing jauh. Entah ape die buat, die kat mane semua aku tak tahu. Macam tu gak aku. Hubungan jarak jauh macam ni banyak nyer lah dugaan. Kene percaya, jujur, setia kan. Kalau tak ade semua tu, dah la. Baik putus je. Buat ape nak teruskan? Nak mainkan hati pasangan ke? Baik jangan.

Hmmm... (Mengeluh) Terlalu banyak aku mengeluh dengan hubungan ni. Aku penat dengan ape yang belaku. Tak ada yang nak jage hati aku. Aku sakit hati, aku sedih, kecewa, marah, rindu, semuanya.... Die tak tahu pun. Banyak pengorbanan aku dah. Entah kenapa aku rasa tak dihargai. Ape yang aku buat, langsung tak dihargai. Yela, aku sedar, die bekerja. Busy waktu kerja. Ok, fine. Aku faham sekarang ni. Sekarang aku tak ganggu die dah kalau waktu kerja. Tapi balik kerja pun tak ade mase tuk aku? Ok, die cakap die nak gak ade mase tuk family, nak rehat. Ok, aku tak ganggu. Tapi sebelum tidur, tak boleh ke die luangkan sedikit masa untuk aku? Aku penat tau tunggu die sehari suntuk. Tapi? Ape yang aku dapat? Sakit hati je setiap hari? Aku sabar. Aku sabar selagi aku mampu. Tu je aku mampu cakap.

Aku dah selalu cakap benda ni kat die sampai die pun langsung tak pedulikan setiap apa yang aku cakap. Adil ke bagi aku kalau die buat aku macam tu? Aku sabar je. Kalau aku tak cari die dulu, memang tak la die cari aku. Kalau bukan aku yang text die ke, call die ke.. Aku rasa sehari suntuk tu tak ade berita dari die kot. Dasyat eh? Yela, die cakap aku tak kerja. Aku bosan dok rumah tu aku selalu macam tu. Yeee.. Aku faham kalau die nak ruang tapi tak kan untuk aku langsung tak ade. Kejam nyer.

Siang dah busy dengan pejabat dengan kawan tak kan malam pun busy lepak dengan kawan lagi. Tak boleh ke ade sedikit mase untuk aku? Aku tunggu je die. Aku tak nak text orang lain. Aku nak die je. Die tak faham ke hati aku? Aku perempuan. Aku nak perhatian, orang caring kat aku, aku nak dimanja. Salah ke? Jangan salahkan aku kalau ade yang buat macam tu kat aku. Bukan die. Aku dah pernah cakap macam tu. Saje nak bagi ingatan tapi ape yang die jawab. Die kate aku ade orang lain ke? Aduhhh! Memang hati batu tol la. Kenapalah tak faham-faham lagi?

Aku kenal dengan die dah setahun lebih. Banyak dugaan aku lalui dengan die. Susah senang kami bersama. Aku sangup buat ape je untuk die. Tapi? Kenapa aku rasa perit sangat? Aku sayangkan die. Aku terlalu mengasihi die. Die tak faham lagi ke hati aku? Aku langsung tak pandang lelaki lain. Aku tak buka hati aku tuk laki lain pun sebab ape yang aku nak cuma 1. Cuma die je. Macam mana dunia tanpa cahaya, begitulah aku tanpa die.

Aku tak buat benda yang die tak suke. Aku dah banyak berubah. Alhamdulillah, terima kasih kat die sebab jadi semangat tuk aku berubah. Die lain sikit. Die bukan macam lelaki yang aku kenal. Die tak romantik. Die tak pandai nak cakap benda yang sweet-sweet. Even nak pujuk aku pun. Tak.. Boleh kira dengan jari pernah ke die pujuk hati aku? Aku akan menangis sampai aku rasa puas then aku akan ok sendiri. Setiap malam aku macam tu. Dari dulu sampai sekarang. Yang menemani malam aku cuma air mata. Setia dengan aku.

Banyak yang aku belajar dengan die. Tentang kehidupan, keluarga, percintaan. Banyak sangat. Alhamdulillah aku jumpa die. Dulu aku sosial, tapi sekarang aku dah anti sosial. Aku berubah sikit demi sikit bila die keluarkan ayat yang betul-betul buat aku menyesal kalau aku terus macam tu je. Ayat die yang aku tak kan lupe dalam hidup aku "Kau umpama barang. Aku ambik kau dari sampah yang kotor, rosak. Aku jage kau baik-baik, aku gilap kau sampai berkilat, aku bagi kasih sayang aku kat kau. Tak semudah tu aku nak bagi kat orang." Dalam ayat tu. Dalam sangat.

Perkenalan kite rang mule kat "Facebook" dulu. Aku pun tak sedar bile die add fb aku. Aku bukan kenal manusia yang kat fb aku tuh. Rupenyer die before ni ade like status aku, komen status aku. Like pic aku, komen pic aku. Tapi aku tak layan pun die. HAHA! Kesian kan. Sebab aku tak suke layan orang kat fb ni. Orang tertentu je akan aku layan. Yang mengarut tak kenal tu sorry la. Sangat tak akan dipedulikan. Kalau tak silap aku, kawan die yang name "Ringgo xxxx" Ape entah name die aku pun tak ingat. Die lah paling rajin like semua aku post. Komen pic ke, status ke tapi entah aku langsung tak layan.

Aku post kat fb aku "Bosan" die pun terus inbox aku tanya aku kat mane. Aku tak layan die terus. Aku tengok profile die. Aku tengok semua pic die. Tak lah hot sangat. Tapi, ade 1 pic ni buat aku jatuh hati. Then aku pun reply la inbox die. Aku tak layan die sangat. Aku akan reply inbox die lame-lame. Haaa sampailah die mintak number aku then kite rang pun text call semua. Aku pun tak tahu kenapa aku rasa die ni special. Aku terus save tarikh aku kenal die. Entah kenapa aku buat macam tu. Aku tak pernah macam ni. Sampailah aku jumpa die sebulan selepas kite rang kenal. Tak sangka dah setahun lebih berlalu semua tu masih segar dalam fikiran aku.

Aku tak pernah ade perasaan macam ni kat lelaki lain. Aku rase sesuatu yang ganjil tentang aku. Prinsip hidup aku dulu, aku tak kan semudah percaya kat lelaki sebab aku dah selalu sangat terluka tapi entah. Aku sanggup tinggalkan benda yang aku suka. Semuanya aku tinggalkan. Dasyat kan? Sebelum tidur aku akan fikir pasal die, bangun tidur aku akan fikir pasal die. Setiap aku buat aku kan fikir pasal die. Weird urgh? So not me kan?

Aku banyak buat salah dulu dalam hubungan kite rang tapi aku dah cakap awal-awal lagi aku macam mana dulu. Tapi tak sangke kan.... Die pun ade buat salah kat aku. Masing-masing ada salah. Then now, aku harap die tak ulang lagi macam mana aku tak ulang perangai lama aku. Tapi kenapa sekarang die tak pedulikan aku? Macam dulu yang die buat. Die tak kisah tentang aku. Tak ade nak tanye ape-ape pun. Entah lah. Sekarang aku macam aku semakin tak kenal die.

Aku sentiasa sabar. Berdoa agar dipanjangkan jodoh. InsyaAllah. Setiap ape yang die buat, setiap sakit ape yang aku rasa, aku tetap akan sabar. Aku simpan dalam hati aku. Biarlah... Benda tu tak akan mengubah perasaan aku kat die. Selamanya aku akan sayang, setia, rindu, kasih, cinta kat die seorang. Seorang yang aku panggil "Muncet" Seseorang yang bernama Mohd Afnizam b. Mohd Nor. I miss you so much. I miss the old us. Gelak tawa kite, cerita cinta kite, kenangan kite, aku rindu segalanya... Aku harap kau sedar semuanya sebelum terlambat. I love you dy...

xoxo!

Potpet Potpet

Assalamualaikum semua. Apa khabar? Dah makan? Tengah hari dah ni. Haaa. Well, nampak entry atas tu? Aku nak cerita tentang kehidupan aku selama ni. Tetiba rasa nak share sikit. Aku mula study pada tahun 2010.

Aku tak memohon apa2 tempat study pun. Yang sibuk babah aku lah. Aku dapat tawaran kat UIA tawaran Accountant. Tapi babah aku cakap "Tak payah, jauh kat KL sebab kat sini je dah cam ni." Aku faham maksud babah aku tu, dia tak percaya aku dapat jaga diri kat tempat orang. Well, sebab aku satu-satunya anak perempuan die. Die takut kalau jadi apa-apa kat aku. Lebih-lebih lagi kat Pelesit Kota Kuala Lumpur tu. Then babah aku isi borang aku study Nursing under Kerajaan. Dalam surat tu kata aku terpilih dan tunggu untuk interview je. Then parent aku terfikir sementara tunggu tawaran tu apa kata aku study kat Masterskill je dulu ambil bidang yang sama Nursing. Then aku pun cakap "Ok la." Parent aku nak aku dekat dengan diorang sebab tu aku pun aku iye kan je. Tapi siapa sangka Masterskill Kuching tak ade Nursing then diorang hantar kite rang pergi Kuala Lumpur. Aku pun terus diam. Aku cakap kat parent aku, "Kalau adik ambil UIA dulu sama gak kat KL." Sebab aku suka akaun. Tapi dah tertulis yang aku akan study Nursing. Huhu~

Ternyata jauh dari parent tak best pun. Tak ada yang menyeronokkan bagi aku. Tapi, aku anggap ini semua ujian dari Nya. Bangun awal pagi pergi class, balik malam pulak. Balik rumah tak ada yang masak kena masak sendiri. Cuci baju guna tangan sebab kite rang tak nak beli mesin basuh. Mane ade duit. Sebab tak ada masa kami akan beli makanan setiap hari. Kalau ade cuti barulah dapur rumah kite rang berasap. Ape yang seronok Hostel kite rang ialah rumah. Apartment yang kolej sediakan untuk kami. Pengangkutan disediakan jadi nak pergi kolej tu senang sikit biarpun kena beratur panjang untuk masuk dalam bas. Sesuatu yang aku rindukan sekarang. Kehidupan sebagai seorang student nurse. Cakap pasal duit ni, tak payah cakap sebab kos hidup kat Ibu Kota memang sakit. Even aku kat Cheras, Selangor tapi siapa sangka makan sehari tak cukup Rm10. Aku kena pandai-pandai jimat duit. Kadang makan siang je malam makan mee segera. Mee segera wajib ada untuk student seperti aku. Siapa sangka student nurse hari-hari makan mee segera. HAHA!

Tahun pertama sukar bagi aku. Dengan assignment yang melambak, duit tak pernah cukup, jauh dari family perit sangat. Setiap tahun bila tiba Hari Raya AidilAdha aku akan stay kat KL je. Mane nak balik kalau cuti cuma seminggu. Tak cukup tu. Tiket kapal terbang pergi dan balik dah berapa. Sayang duit dibuang macam tu je. Sedih rasanya tak makan masakan mama bila tiba Hari Raya AidilAdha tapi sabar tu je aku mampu biarpun kadang aku akan mengalirkan airmata. 3 tahun aku berpuasa ditempat orang. Bile aku jadi student sekolah menangah aku budak asrama sebab parent aku nak aku berdikari bayangkan kat asrama kat Kuching je aku dah sedih sebab tak dapat Berbuka dan Sahur bersama keluarga ini kan pula aku kat tempat orang kat seberang. Jauh lagi lah aku sedih. Asalkan nak berbuka mesti aku akan terkenangkan keluarga aku.

Aku tak akan balik ke Sarawak melainkan hari perayaan Hari Raya Aidilfitri ataupun aku balik untuk posting kat Sarawak. Bayangkanlah dalam setahun aku akan balik sekali ataupun 2 kali je. Sedih sangat nak tinggalkan rumah mase tu. Asalkan aku balik Sarawak, aku akan makan banyak yang amat giler la. Haa boleh bayangkan tak berapa banyak tu. HAHA! Aku akan makan non-stop. HAHAHA! I love food ok. LOL~

Sepanjang aku kat tempat orang ni, banyak mengajar aku tentang kehidupan. Susah senang semua aku belajar sendiri. Banyak kenangan manis dan pahit aku rasa. Kadang aku ade gak rase give up. Aku nak berhenti study sampai aku bagitahu babah aku then ape yang die cakap "Sabar, itu semua dugaan." Berkat tabah, semangat keluarga yang tak putus bagi nasihat semua, aku habis study. Alhamdulillah. Setiap semester CGPA aku akan naik turun. Sampai sekarang aku menyesal kalau aku tak main-main dengan study aku start dari semester 2 dulu mesti CGPA aku ok. Bila aku dapat result Semester 3, aku berusaha setiap kali final exam aku nak 1 je. Naikkan CGPA aku. Alhamdulillah naik memang naik tapi tu la. Payah kan. Bila nak turun je duppp! Sekelip mata. Bila nak naik balik payah nyer Ya Allah.

Aku akan fikir, kalau aku tak lulus peperiksaan Lembaga Jururawat Malaysia aku, sia-sia je aku study 3 tahun selama ni. Alhamdulillah, aku LULUS. Senang gile hati aku. Mase aku tunggu result tu, macam-macam aku fikir. Semua orang kat sekeliling aku cakap "Boleh tu, lulus tu" tapi aku tak confident. Memang tak confident langsung. Sebab lepas exam tu, mase kertas dah kene ambik kite rang terus berbincang pasal soalan tu. Aku memang tak nak dengar tapi dah dengar orang cakap aku jadi takut. Tapi tak sangka, alhamdulillah. hehe...

Tapi even pun dah lulus, sampai sekarang aku belum dapat kerja. Dah 2 bulan aku menganggur ni. Huaaa! Bosan sangat dok rumah. Aku nak kerja ada gaji sendiri. Eeeee! Dah banyak resume aku hantar ni. Ya Allah, sabar.... Kene usaha lagi nih. InsyaAllah adalah tu nanti kan. Sabar dan tawakal la. hehe~

Ouhhh! Panjang nyer.... Ok la, sampai sini dulu. Nanti aku sambung lagi yeee.

xoxo!


New Update

Assalamualaikum. Ya Allah sekian lama aku tak update langsung kesayangan aku ni. Sorry sayang ok. Ouhh ya tak lupa Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin kalau ada silap dan salah. Terkasar bahasa tertampar terpukul ter ter ter la. hehe~ Sekarang aku dah habis "Study" Tak ada nak buat apa sekarang ni duduk rumah tanam buah anggur je. HAHA! Boringkan. Aku dah ubah sikit2 blogger ni sebab tadi tangan gatal pergi tekan "REMOVE" haaa ambik kau dah hilang kene cari balik sume. Adehh~ Haha! Aku nak cerita pasal apa eh? Life aku? Nothing special to say la. Suddenly blur dude~ Gaaahhh! Ok, sampai sini dulu la. Esok aku sambung lagi ok. I will. Promise! Goodnight~