Assalamualaikum.. Buat ape tu? Mesti sekarang ni tengah sibuk tengok movie kalau tak tengok cerita or online je kan. Same ar aku. Aku pun layan movie kat tonton. Tak de benda nak buat. Hari-hari dok rumah layan benda macam ni je la. Nak diet pun susah dah. Asalkan stress je makan. Sedih je makan. Sakit hati ke ape ke makan je. Sumbat dalam mulut sampai mengantuk dah tu aku pun tidur lah. Haaa bagus kan aku.
Ehh? Kenapa entry aku tu? Aku nak luah tentang rasa hati aku ni. Perasaan aku. Aku tak ade tempat nak mengadu. Kalau cerita kat kawan aku, Aku rasa dorang pun da boasan nak dengar. Nak cerita kat boyfriend aku? Tak guna lah. Masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Setiap aku cakap bukan masuk dalam kepala dia pun. Die buat endah tak endah je. Aku sedih sangat. So sebaiknya aku lepas kat sini je kan.
Sekarang ni hubungan aku macam...... entahlah. Aku pun tak pasti dengan hubungan aku. Dia pun jauh dari aku. Masing-masing jauh. Entah ape die buat, die kat mane semua aku tak tahu. Macam tu gak aku. Hubungan jarak jauh macam ni banyak nyer lah dugaan. Kene percaya, jujur, setia kan. Kalau tak ade semua tu, dah la. Baik putus je. Buat ape nak teruskan? Nak mainkan hati pasangan ke? Baik jangan.
Hmmm... (Mengeluh) Terlalu banyak aku mengeluh dengan hubungan ni. Aku penat dengan ape yang belaku. Tak ada yang nak jage hati aku. Aku sakit hati, aku sedih, kecewa, marah, rindu, semuanya.... Die tak tahu pun. Banyak pengorbanan aku dah. Entah kenapa aku rasa tak dihargai. Ape yang aku buat, langsung tak dihargai. Yela, aku sedar, die bekerja. Busy waktu kerja. Ok, fine. Aku faham sekarang ni. Sekarang aku tak ganggu die dah kalau waktu kerja. Tapi balik kerja pun tak ade mase tuk aku? Ok, die cakap die nak gak ade mase tuk family, nak rehat. Ok, aku tak ganggu. Tapi sebelum tidur, tak boleh ke die luangkan sedikit masa untuk aku? Aku penat tau tunggu die sehari suntuk. Tapi? Ape yang aku dapat? Sakit hati je setiap hari? Aku sabar. Aku sabar selagi aku mampu. Tu je aku mampu cakap.
Aku dah selalu cakap benda ni kat die sampai die pun langsung tak pedulikan setiap apa yang aku cakap. Adil ke bagi aku kalau die buat aku macam tu? Aku sabar je. Kalau aku tak cari die dulu, memang tak la die cari aku. Kalau bukan aku yang text die ke, call die ke.. Aku rasa sehari suntuk tu tak ade berita dari die kot. Dasyat eh? Yela, die cakap aku tak kerja. Aku bosan dok rumah tu aku selalu macam tu. Yeee.. Aku faham kalau die nak ruang tapi tak kan untuk aku langsung tak ade. Kejam nyer.
Siang dah busy dengan pejabat dengan kawan tak kan malam pun busy lepak dengan kawan lagi. Tak boleh ke ade sedikit mase untuk aku? Aku tunggu je die. Aku tak nak text orang lain. Aku nak die je. Die tak faham ke hati aku? Aku perempuan. Aku nak perhatian, orang caring kat aku, aku nak dimanja. Salah ke? Jangan salahkan aku kalau ade yang buat macam tu kat aku. Bukan die. Aku dah pernah cakap macam tu. Saje nak bagi ingatan tapi ape yang die jawab. Die kate aku ade orang lain ke? Aduhhh! Memang hati batu tol la. Kenapalah tak faham-faham lagi?
Aku kenal dengan die dah setahun lebih. Banyak dugaan aku lalui dengan die. Susah senang kami bersama. Aku sangup buat ape je untuk die. Tapi? Kenapa aku rasa perit sangat? Aku sayangkan die. Aku terlalu mengasihi die. Die tak faham lagi ke hati aku? Aku langsung tak pandang lelaki lain. Aku tak buka hati aku tuk laki lain pun sebab ape yang aku nak cuma 1. Cuma die je. Macam mana dunia tanpa cahaya, begitulah aku tanpa die.
Aku tak buat benda yang die tak suke. Aku dah banyak berubah. Alhamdulillah, terima kasih kat die sebab jadi semangat tuk aku berubah. Die lain sikit. Die bukan macam lelaki yang aku kenal. Die tak romantik. Die tak pandai nak cakap benda yang sweet-sweet. Even nak pujuk aku pun. Tak.. Boleh kira dengan jari pernah ke die pujuk hati aku? Aku akan menangis sampai aku rasa puas then aku akan ok sendiri. Setiap malam aku macam tu. Dari dulu sampai sekarang. Yang menemani malam aku cuma air mata. Setia dengan aku.
Banyak yang aku belajar dengan die. Tentang kehidupan, keluarga, percintaan. Banyak sangat. Alhamdulillah aku jumpa die. Dulu aku sosial, tapi sekarang aku dah anti sosial. Aku berubah sikit demi sikit bila die keluarkan ayat yang betul-betul buat aku menyesal kalau aku terus macam tu je. Ayat die yang aku tak kan lupe dalam hidup aku "Kau umpama barang. Aku ambik kau dari sampah yang kotor, rosak. Aku jage kau baik-baik, aku gilap kau sampai berkilat, aku bagi kasih sayang aku kat kau. Tak semudah tu aku nak bagi kat orang." Dalam ayat tu. Dalam sangat.
Perkenalan kite rang mule kat "Facebook" dulu. Aku pun tak sedar bile die add fb aku. Aku bukan kenal manusia yang kat fb aku tuh. Rupenyer die before ni ade like status aku, komen status aku. Like pic aku, komen pic aku. Tapi aku tak layan pun die. HAHA! Kesian kan. Sebab aku tak suke layan orang kat fb ni. Orang tertentu je akan aku layan. Yang mengarut tak kenal tu sorry la. Sangat tak akan dipedulikan. Kalau tak silap aku, kawan die yang name "Ringgo xxxx" Ape entah name die aku pun tak ingat. Die lah paling rajin like semua aku post. Komen pic ke, status ke tapi entah aku langsung tak layan.
Aku post kat fb aku "Bosan" die pun terus inbox aku tanya aku kat mane. Aku tak layan die terus. Aku tengok profile die. Aku tengok semua pic die. Tak lah hot sangat. Tapi, ade 1 pic ni buat aku jatuh hati. Then aku pun reply la inbox die. Aku tak layan die sangat. Aku akan reply inbox die lame-lame. Haaa sampailah die mintak number aku then kite rang pun text call semua. Aku pun tak tahu kenapa aku rasa die ni special. Aku terus save tarikh aku kenal die. Entah kenapa aku buat macam tu. Aku tak pernah macam ni. Sampailah aku jumpa die sebulan selepas kite rang kenal. Tak sangka dah setahun lebih berlalu semua tu masih segar dalam fikiran aku.
Aku tak pernah ade perasaan macam ni kat lelaki lain. Aku rase sesuatu yang ganjil tentang aku. Prinsip hidup aku dulu, aku tak kan semudah percaya kat lelaki sebab aku dah selalu sangat terluka tapi entah. Aku sanggup tinggalkan benda yang aku suka. Semuanya aku tinggalkan. Dasyat kan? Sebelum tidur aku akan fikir pasal die, bangun tidur aku akan fikir pasal die. Setiap aku buat aku kan fikir pasal die. Weird urgh? So not me kan?
Aku banyak buat salah dulu dalam hubungan kite rang tapi aku dah cakap awal-awal lagi aku macam mana dulu. Tapi tak sangke kan.... Die pun ade buat salah kat aku. Masing-masing ada salah. Then now, aku harap die tak ulang lagi macam mana aku tak ulang perangai lama aku. Tapi kenapa sekarang die tak pedulikan aku? Macam dulu yang die buat. Die tak kisah tentang aku. Tak ade nak tanye ape-ape pun. Entah lah. Sekarang aku macam aku semakin tak kenal die.
Aku sentiasa sabar. Berdoa agar dipanjangkan jodoh. InsyaAllah. Setiap ape yang die buat, setiap sakit ape yang aku rasa, aku tetap akan sabar. Aku simpan dalam hati aku. Biarlah... Benda tu tak akan mengubah perasaan aku kat die. Selamanya aku akan sayang, setia, rindu, kasih, cinta kat die seorang. Seorang yang aku panggil "Muncet" Seseorang yang bernama Mohd Afnizam b. Mohd Nor. I miss you so much. I miss the old us. Gelak tawa kite, cerita cinta kite, kenangan kite, aku rindu segalanya... Aku harap kau sedar semuanya sebelum terlambat. I love you dy...
xoxo!