Assalammualaikum semua... Mulakan hari anda dengan satu helaan nafas yang lembut.. jangan mengeluh untuk hidup yang belum pasti tahu apa penghujungnya.. Senyum hadapi semua dugaan yang menimpa kita kerana dengan muka yang berkerut nescaya makin rumit la sesuatu perkara tanpa penyelesaiannya.. Jangan kerana ada masalah anda berasa sangat merendah diri.. Tidak bermakna kita harus meninggi diri.. Gunakan akal fikiran kalau berkata sesuatu jangan main lepas dari mulut kerana nescaya akan menyesal suatu hari nanti.. Kita tak dapat hendak memutar balik masa yang telah kita sia-siakan itu.. Dalam hidup saya.. Saya pegang ayat ini "Mencintai seseOrang yang mencintai kita dari kita mencintai seseOrang yang kita sukai.. Kerana Orang yang mencintai kita lebih menghargai kita dari orang yang kita suka.." Saya akui kata2 ini ada betul nya.. Tak semua orang yang kita sukai akan mencintai kita sebagaimana orang mencintai kita.. Kawan yang sejati akan mendengar setiap luahan hati kita.. Akan membantu kita ketika susah.. Sentiasa ada bila susah dan senang.. Pentingkan diri sendiri tidak pernah ada dalam kamus hidup Sahabat.. Mengambil kesempatan itu kesalahan dalam persahabatan.. Kerana persahabatan yang jujur yang ikhlas tidak akan pernah mahu melihat sahabatnya bersedih.. Keluarga selalu ada disamping kita tidak kira susah dan senang.. Lebih dari segalanya.. Lebih dari Sahabat dan kekasih hati.. Keluarga yang selalu menOlong tidak kira masa,yang sangup bersengkang mata semalam demi untuk kesenangan ahli keluarganya.. Orang yang tidak pernah mengenali apa erti lelah mencari rezeki.. Ibubapa insan yang mencintai anak nya lebih dari segalanya.. Akan sangup mati sekalipun demi untuk anaknya merasa senang.. Renung-renungkan dan selamat beramal kengkawan~ :)

Gambar sebagai hiasan sahaja..
Tidak ada kaitan dengan sesiapa pun didunia ini....
Lots of Love,
Fairuz Syanurleeza